MENGOPTIMUMKAN WORDPRESS

UPGRADE TO NVMe CLOUD

Dear customers. Pakar Hosting will migrate all of cPanel accounts from ssd to NVMe based on cloud hardware. By make this migration is definitely will provide better services in line with our mission always to be better. What's new? Old New Disk ssd NVMe Hardware Standard/Classic Cloud Memory per cPanel account 512Mb 2Gb Write speed […]

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

MENGOPTIMUMKAN WORDPRESS

Mengoptimumkan web WordPress adalah perkara penting, ia juga merupakan salah satu kaedah mengoptimumkan enjin carian dimana tujuanya adalah menempati senarai pertama pada google dan carian web yang lain.

Ramai pelayar web memberi maklum balas dan menggemari masa memuat web yang singkat, keadaan ini menjadikan pelayar web tidak keberatan membuka lagi halaman-halaman lain pada laman web.

MENGOPTIMUMKAN WORDPRESS WEB HOSTING MALAYSIA
WP yang baru dipasang, tema: twentytwenty

Berdasarkan imej ini skor WordPress yang baru dipasang (termasuk didalamnya 2 halaman dan satu hantaran) adalah A(99%), masa yang diperlukan memuat paparan keseluruhan laman web 0.9 saat. Saiz berdasarkan hitungan data berjumlah 270 kilobytes.

MENGOPTIMUMKAN WORDPRESS WEB HOSTING MALAYSIA
Tema: AstraWP Demo: Interion Design (Gutenberg)

Imej ini pula selepas dipasangkan dengan tema: AstraWP dan konten diambil dari data demo: Interion Design (gutenberg). Pemalam tambahan: Starter Templates (AstraWP) dan Ultimate Add on gutenberg. Halaman yang diuji mengandungi 9 imej.

Skor yang didapatkan adalah C(78%), perlukan masa 1.3 saat untuk dipaparkan pada komputer. Saiz laman web 831 kilobytes.

Dua imej diatas perbezaan antara web baru pasang dengan web yang telah buat pos dengan 9 imej.

MENGOPTIMUMKAN WORDPRESS WEB HOSTING MALAYSIA
Tema: AstraWP demo yang dimampatkan

Imej ini adalah skor laman web yang telah dioptimumkan, skor mencapai A(100%) perlukan masa 0.7 saat (berbanding 1.3 saat) untuk dimuat paparan. Saiz laman web 420 kilobytes (asalnya 831 kilobytes). Dibawah ini adalah tangkap layar paparan penuh laman web demo.

MENGOPTIMUMKAN WORDPRESS WEB HOSTING MALAYSIA
Paparan penuh web demo

PENYEBAB MEMUAT PAPARAN WEB LAMBAT

1.Imej.

Saiz dan jumlah imej pada halaman mempengaruhi masa pemuatan paparan laman web, ianya juga bergantung pada kelajuan jalur lebar bilamana kelajuanya kurang dari 1Mbps pelayar web akan perlukan lebih masa.

2.Skrip, css dan html.

Skrip memberi lebih bebanan berbanding css, skrip perlu diuruskan dengan baik agar fungsi tidak saling bertindih antara satu skrip dengan skrip lain.

KAEDAH PEMAMPATAN WORDPRESS

WordPress antara cms yang mudah diuruskan, kemudahan pemalam membolehklan laman web buat pemampatan otomatik mengikut masa yang ditetapkan. Antara pemalam yang boleh diguna;.

WP super cache.

W3 total cache

Swift performance

LiteSpeed cache

Fastest cache

Autotoptimize

WP-Optimize-clean-compress (pengoptimuman pangkalan data)

ShortPixel (pemampatan imej)

TinyPNG (pemampatan imej)

Smush (pemampatan imej)

dan lain-lain.

Penting: terdapat pemalam yang mempunyai pelbagai fungsi, pilih 1 pemalam untuk cache, pemampatan (css, skrip & imej) dan pengoptimuman pangkalan data untuk elak fungsi yang saling bertindih.

WEB CACHE

Pemalam cache akan menjana fail pada masa yang ditetapkan untuk menggantikan dan mengurangkan permintaan akses ke pangkalan data, kaedah ini mengurangkan kesesakan akses ke pangkalan data.

PEMAMPATAN SKRIP CSS DAN HTML

Beberapa pemalam cache juga mempunyai keupayaan memampatkan skrip, css, html dan imej. Pasang pemalam (contoh: Autotoptimize) untuk dapatkan kemudahan memampatkan skrip,css dan html jika tiada.

Contoh skrip;.

Sebelum dioptimumkan:

function test(node) {
   var parent = node.parentNode;
 if (0) {
     alert( "Salam sejahtera" );
   } else {
     alert( "Selamat datang" );
   }
 return;
 alert( 1 );
 }


Selepas dioptimumkan:

function test(){alert("Selamat datang")}

Mengoptimumkan skrip juga menggunakan kaedah mengumpul keseluruhan fail js kepada satu fail js sahaja.

Contoh css;.

Sebelum dioptimumkan:

//Panduan Mengoptimumkan WordPress
//diterbitkan oleh
//PAKAR HOSTING
body {
       background:#dedede;
       font-family:Arial;
       font-size:14px;
      }


Selepas dioptimumkan:

body{background:#dedede;font-family:Arial;font-size:14px}

Contoh html;.

Sebelum dioptimumkan:

<html lang="ms-MY">
 <head>
  <title>PAKAR HOSTING MALAYSIA</title>
  <meta name="description" content="Web hosting terbaik"/>
 </head>
 <body>
  <p>Panuan asas WordPress</p>
 </body>
</html>


Selepas dioptimumkan:

<html lang="ms-MY"></head><title>PAKAR HOSTING MALAYSIA</title><meta name="description" content="Web hosting terbaik"/></head><body><p>Panuan asas WordPress</p></body></html> 

PEMAMPATAN PANGKALAN DATA

Database adalah pelayan simpanan data laman web dimana ia akan menyimpan maklumat tetapan dan hantaran. Pelayan pangkalan data juga menyimpan data peralihan dimana data ini tidak sepenuhnya diperlukan. Kaedah pemampatan ini akan memadam data peralihan membolehkan akses ke pangkalan data lebih lancar.

PEMAMPATAN IMEJ

MENGOPTIMUMKAN WORDPRESS WEB HOSTING MALAYSIA
Pengoptimuman ShortPixel

Pemampatan imej adalah kaedah mengurangi saiz imej, menerusi imej tersebut dapat ditafsirkan saiz imej yang tidak dimampatkan adalah 207 kilobytes, saiz selepas dimampatkan ialah 33 kilobytes. Jumlah saiz yang dikurangkan sebanyak 174 kilobytes atau 84% dari saiz asal.

NOTA

Pemalam adalah sebuah skrip dimana perlukan sumber kuasa untuk menjalankan program. Jumlah pemalam pada laman web akan pengaruhi skor disebabkan akses CPU dan memori. Semakin bertambah program yang dijalankan bertambah pula akses ke CPU dan memori.

Menggunakan pemalam Swift performanve lite (percuma) untuk dapatkan cache dan memampatkan skrip,css dan html dan memampatkan imej menggunakan pemalam ShortPixel adalah kaedah yang kami guna pada web demo dimana skor awal C(78%) menjadi A(100%).

HOSTING REVIEWS

  • They didn’t asked for my testimonial, but i giving one of my free will. I have been impressed with their level of service from day 1. They have been very helpful, very-very helpful indeed. I have other domain hosted somewhere but here is the best service provider for web and domain hosting based on their level of support. Keep up the great work..
    - SUZEARITZ SUHIMI
  • Termasuk ini dah 5 domain saya registerkan disini. Amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang begitu cekap dan pantas oleh tenaga-tenaga yang berkemahiran. Teruskan perkhidmatan terbaik anda. Kekalkan momentum ini dan teruskan memberi perkhidmatan terbaik. ANDA SEMUA TERBAIK!!!...
    - AZRIB, WEB DESIGNER
  • Perkhidmatan yang sangat terbaik. Sy begitu berpuas hati dgn apa yang saya lalui bersama hosting rajwali. Website saya lancar, secure dan yg penting, harga pun berbaloi utk memiliki website sendiri. Terima kasih…
    - RAZALI
  • Service sangat terbaik. cepat dan tangkas apabila melaporkan kerosakan mengenai hosting blog. Harga sangat murah berbanding tempat lain di Malaysia.
    - KHAIRIL MAZRI, BLOGGER
  • Dah lama sangat menggunakan perkhidmatan Hosting Rajawali… tak ingat berapa lama,,,,,, 5tahun atau lebih. memang terbaik!!…. …..
    - FIEY S
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram