CARA BUAT DAN URUSKAN E-MEL

E-mel atau Mel Elektronik ialah suatu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik berasaskan Protocol Pemindahan Mel Mudah ( Simple Mail Transfer Protocol - SMTP ) dan sistem X.400. E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan internet dan merupakan komponen penting dalam penciptaan internet. Pakar Hosting menawarkan web hosting tidak terhad, para […]
CARA BUAT DAN URUSKAN E-MEL

E-mel atau Mel Elektronik ialah suatu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik berasaskan Protocol Pemindahan Mel Mudah ( Simple Mail Transfer Protocol - SMTP ) dan sistem X.400. E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan internet dan merupakan komponen penting dalam penciptaan internet.

Pakar Hosting menawarkan web hosting tidak terhad, para pengguna dibenarkan mencipta akaun e-mel tanpa had jumlah pembuatan. Tiga aplikasi hebat telah dipilih untuk menjalankan sistem pengurusan e-mel iaitu Roundcube, Horde dan SquirrelMail, aplikasi ini boleh diakses pada pautan khas webmail.

email server malaysia web hosting

Aplikai pengurusan e-mel

CARA BUAT E-MEL PAKAR HOSTING

1.Log masuk cPanel web hosting.

2.Pilih Akaun E-mel, cipta alamat e-mel dan kata laluan menggunakan borang.

3.Tentukan kuota e-mel yang boleh disimpan pada web hosting.

4.Pilih butang buat akaun.

CARA URUSKAN E-MEL

Tedapat dua pilihan untuk menguruskan emel, yang pertama adalah mengakses aplikasi atau sistem pengurusan e-mel yang telah dipasang pada server menggunakan pautan khas yang disebut sebagai webmail, contoh https://webmail.pakarhosting.net. Cara kedua menggunakan perisian pelanggan e-mel atau email client yang dipasang pada komputer dan alat komunikasi lain seperti telefon pintar.

Cara uruskan e-mel menggunakan Roundcube;.

1.Selepas pembuatan e-mel nombor 4 diatas pengguna boleh terus mengakses webmail dengan memilih butang Lagi untuk tampilkan pautan tersembunyi, pilih Akses Webmail.

2.Atau mengakses webmail menggunakan pautan khas seperti https://webmail.pakarhosting.net, log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan.

3.Pilih alamat e-mel pada bar-atas untuk mencipta respons autoautoresponder ) dan pemajuforwarder ).

4.Pilih Roundcube untuk buka aplikasi.

5.Pilih Compose untuk membuat, menyimpan dan menghantar mesej.

6.Isi borang penerima dan tajuk e-mel, pilih hantar untuk menghantar e-mel.

7.Klik 2 kali e-mel pada senarai peti masuk untuk membuka e-mel.

Cara-cara menggunakan aplikasi webmail yang lain adalah lebih-kurang sama seperti cara menggunakan roundcube. Yang membezakan adalah antar muka dan nama pautan yang digunakan.

Tags:
TAGS:

Popular Tags

layers