sales@pakarhosting.net

CARA MENGGUNAKAN PELANGGAN E-MEL ( MAIL CLIENT )

Perisian pelanggan e-mel ( Mail Client ) adalah sistem pengurusan e-mel dari jarak jauh dan memiliki ciri-ciri yang sama pada aplikasi pengurus webmail. Pengguna boleh mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik berasaskan Protocol Pemindahan Mel Mudah ( Simple Mail Transfer Protocol – SMTP ) dan sistem X.400.

Beberapa jenama perisian pelanggan e-mel untuk komputer;.

  • Microsoft Outlook
  • Modzilla Thunderbird.
  • Opera Mail.
  • MailBird.
  • Pegasus Mail, dan lain-lain.

Beberapa jenama perisian pelanggan e-mel untuk telefon pintar;.

  • Microsoft Outlook ( Android, iOS ).
  • GMail ( Android, iOS ).
  • Dispatch ( iOS ).
  • Newton Mail ( Android, iOS ).
  • Astro Mail ( Android, iOS ).
  • Edison Mail ( Android, iOS ), dan lain-lain.
malaysia email hosting application

Pelanggan e-mel

CARA MENGGUNAKAN MODZILLA THUNDERBIRD

1.Muat turun dan pasang perisian.

2.Buka aplikasi. Pilih e-mel pada tetapan akaun.

3.Isi butiran e-mel dan pilih butang teruskan.

4.Pilih sama ada menggunakan protokol IMAP atau menggunakan protokol POP3, protokol imap akan memadam mel daripada peti masuk apabila e-mel dipadam menggunakan pelanggan e-mel. Protokol POP3 akan mengekalkan e-mel selama ia tidak dipadam menggunakan aplikasi pada webmail.

5.Pilih butang konfigurasi manual ( Manual Config ) untuk menyimak semula dan memastikan pautan protokol berfungsi. Dibawah adalah contoh tetapan SMTP.

Incoming : POP3/IMAP , server hostname : pakarhosting.net , Port : 995 ( bila menggunakan pop3 ) 993 ( bila menggunakan IMAP ), SSL : SSL/TLS .

Outgoing : SMTP , server hostname : pakarhosting.net , Port : 465, SSL : SSL/TLS .

Taip alamat e-mel pada borang nama pengguna.

Butiran alamat pelayan e-mel boleh ditemui pada webmail, sila rujuk CARA URUSKAN E-MEL nombor 3. Pilih konfigurasikan pelanggan e-mel.

6.Pilih butang selesai tetapan.

7.Pilih tulis/write seterusnya cuba hantar e-mel.

Perisian pelanggan e-mel akan menyimak peti masuk pada masa-masa yang ditetapkan seperti setiap 10 minit.

 

PAKAR HOSTING

Pakar Hosting is provider of reliable domain and hosting in Malaysia. Established on 2012 Pakar Hosting continue the previous brand.

Has have high ideals to continue providing the best services, Pakar Hosting is an option to build a business website. 24/7 Support ticket, powered by great hardware that is constantly updated according to current developments.

Great Team

We learn from the experience that customer need hosting by minimize problems and support for all types of software, we’re working to achieve with the best effort.

Better Quality

Solis State Drive (SSD) powered by litespeed is the best choice and faster. Integrated with Let’s Encrypt ssl certificate, Cloudflare dns optimization, Attracta seo tools, Installatron and Softaculous auto installer, Website builder, R1soft and much more.

Low Prices

Pakar Hosting has very good level of services offered at the best prices and affrodable. 7-day money back guarantee (except domain services).

The best Kota Kinabalu Sabah Web Design Web Hosting The best Kota Kinabalu Sabah Web Design Web Hosting
PAKAR HOSTING MALAYSIA