CARA PASANG SSL PERCUMA

SSL ( Secure socket layer ) nama barunya TLS ( Transport layer security ) adalah teknologi piawai keselamatan untuk mewujudkan pautan yang disulitkan https antara pelayan laman web dan pelayar web. Pautan ini memastikan bahawa semua data yang dilalui antara pelayan dan pelayar laman web tetap pribadi. Jenis ssl dibahagikan kepada;. Extended Validation (EV) ssl pemohon dikehendaki […]
CARA PASANG SSL PERCUMA

SSL ( Secure socket layer ) nama barunya TLS ( Transport layer security ) adalah teknologi piawai keselamatan untuk mewujudkan pautan yang disulitkan https antara pelayan laman web dan pelayar web. Pautan ini memastikan bahawa semua data yang dilalui antara pelayan dan pelayar laman web tetap pribadi.

Jenis ssl dibahagikan kepada;.

Extended Validation (EV) ssl pemohon dikehendaki menghantar bukti bahawa syarikat atau organisasi berdaftar dengan agensi yang diberi kuasa. Tempoh yang diperlukan untuk menerbitkan ssl adalah sehingga 7 hari bagi mengesahkan bukti yang telah dihantar. Ciri ev ssl akan memaparkan nama syarikat pada pelayar web.

ev ssl malaysia web hosting

Ev ssl pada twitter.com - Pakar Hosting Malaysia

 

Organization Validation ( OV ) ssl memiliki proses permohonan yang sama dengan ev ssl perlu mengemukakan bukti untuk disahkan pada agensi yang diberi kuasa, perbezaanya ialah nama syarikat atau organisasi pemohon tidak akan dipaparkan pada pelayar web tetapi boleh dijumpai dalam maklumat sijil, pelayar boleh menemukan maklumat sijil dengan memilih ikon ibu kunci ( mangga ).

Domain Validation ( DV ) ssl adalah sijil ssl yang tidak perlukan pengesahan secara rasmi, proses pengesahan dilakukan berdasarkan pemilikan menggunakan pautan, dns atau menggunakan emel.

Penerbit ssl juga telah menawarkan sijil ssl yang boleh digunakan pada berbilang laman web, seperti Multi domain ( SAN/UCC) ssl dan Wildcard ssl untuk mewujudkan https pada domain dan subdomain.

CARA PASANG LET'S ENCRYPT PADA CPANEL

1.Log masuk cPanel web hosting.

2.Pilih Let's encrypt SSL.

3.Pilih +Issue.

4.Pilih pautan yang akan dipasangkan dengan ssl.

5.Pilih kaedah pengesahan pemilik domain.

6.Terakhir sekali pilih butang Issue, sijil ssl dijana secara automatik apabila tiada masalah dalam pengesahan pemilik domain. Sila hantar tiket jika sijil ssl tidak dijana untuk dapatkan khidmat nasihat, berkemungkinan domain sedang menggunakan proxy seperti cloudflare.

Tags:
TAGS:

Popular Tags

layers