CARA BELI HOSTING

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]

CARA BELI HOSTING

Pakar Hosting Malaysia sesuai untuk bina web korporat, e-dagang dan blog peribadi. Papan pemuka moden dengan pelbagai kemudahan seperti pelayan pangkalan data (Database), pengurus fail, mel dan webmail, ftp dan lain-lain.

Perisian pemasang skrip auto membolehkan pengguna bina laman web dengan satu klik, tidak perlukan kemahiran asas berkaitan dengan pelayan, tidak perlu muat turun perisian dari web asal dan tidak perlu pasang secara manual.

Antara skrip disukai ramai adalah WordPress, Joomla, Prestashop, dan Open Real Estate. Jumlah keseluruhan adalah 453 skrip dan 1115 fail php.

CARA MELANGGAN WEB HOSTING

1.Langkah awal.

Rancang dan buat pengiraan storan yang diperlukan untuk laman web yang akan dibangunkan, buat senarai nama domain pilihan.

2.Memulakan pembelian.

Pilih satu pakej yang kami tawarkan pada laman web hosting, isi borang carian domain dengan nama domain pilihan dan klik butang Teruskan carian. Jika status domain tidak ada bermaksud domain telah didaftar dan perlu menggunakan nama lain, beri tanda dan teruskan pembelian jika statusnya boleh didapati.

3.Fungsi tambahan hosting.

Tambahkan ssl jika perlu menggunakan sijil ssl berbayar seperi Comodo ssl, Rapid ssl atau yang lain, ianya untuk aktifkan https. Teruskan dengan memilih butang Teruskan pembelian.

4.Fungsi tambahan domain.

Beri tanda pada pilihan ID protection untuk menyulitkan data peribadi, data pentadbir akan didedahkan oleh pelayan WHOIS jika fungsi ini dimatikan.

5.Pembelian.

Semak senarai pembelian, pilih edit untuk ubahsuai pembelian. Pilih butang Teruskan pembelian untuk buat pembelian lain-lain. Tambahkan kod promo jika ada dan teruskan pembelian.

6.Pembayaran dan pengaktifan.

Buat akaun atau log-masuk akaun sedia, lengkapkan pembelian untuk menjana bil. Buat pembayaran dan buat pengesahan pembayaran menggunakan tiket. Hosting dan domain akan diaktifkan dalam masa 1 sehingga 3 minit atau paling lama 48 jam selepas disahkanya pembayaran.

Semak mel untuk mendapatkan butiran Panel web hosting, log-masuk auto disediakan pada akaun dibawah senarai perkhidmatan.

PAKAR HOSTING MALAYSIA