CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK

Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia.

Langkah awal.

Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa.

Buat pemindahan.

Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. Tambahkan pakej hosting jika perlu memindahkan data laman web, isi borang kod pindahan domain, tambahkan fungsi dns (blogspot,tumblr perlukan dns) dan perlindungan ID.

Ubah suai nama pelayan jika diperlukan dan teruskan pembelian.

Pilih Checkout, buat akaun atau log masuk akaun yang sedia ada. Lengkapkan pembelian untuk menjana bil dan sila buat pengesahan pembayaran menggunakan tiket sokongan. Seterusnya pentadbir domain perlu mengesahkan proses pemindahan yang dihantar menerusi e-mel, jangkaan masa permohonan pindahan domain diluluskan ialah dalam 7 sehingga 14 hari dari tarikh pengesahan oleh pentadbir.

PINDAH KELUAR

Sila log masuk ke akaun, buka menu => domain dan domain saya. Sila dapatkan kod EPP dan buat salinan. Pemindahan keluar boleh dibuat berbekalkan kod epp. Sila hantar tiket jika anda perlukan bantuan, pihak kami akan membantu sehingga pindahan domain berjaya.

PAKAR HOSTING MALAYSIA