CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous.

Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik.

Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress dari satu hosting ke hosting lain. Kaedah yang kami guna mempunyai risiko down (atau masalah lain) yang sangat rendah jika dibuat dengan betul.

Langkah penyedia'an.

Pasang sijil ssl pada hosting baru untuk elak masalah https yang tidak sah ketika pemindahan, buat sebuah kod csr diguna untuk memohon sijil ssl percuma mahupun yang berbayar dimana pengesahanya menggunakan e-mel. Buat pemasangan ssl sebaik sahaja sijil diterima, rujukan disini.

Langkah awal;.

Nyahaktif pemalam yang berasaskan cache.

Muat turun WordPress (fail dan pangkalan data) dari hosting lama kedalam komputer, rujukan disini.

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS WEB HOSTING MALAYSIA
Penghijrahan WordPress

LANGKAH MEMULIHKAN DATA;.

Buat pangkalan data dan penggunanya, rujukan disini. Import database dari komputer ke pelayan hosting menggunakan phpMyAdmin. Pastikan jumlah table yang telah dimuat naik sama dengan jumlah table pangkalan data pada hosting lama.

Muat naik fail WordPress dari komputer ke pelayan hosting, rujukan disini dan disini.

Edit fail wp-config.php ubah suai nama pangkalan data (db name), pengguna pangkalan data (db user) dan kata laluan sesuaikan dengan hosting baru.

Menyepadukan domain dengan hosting baru;.

Edit rekod dns pada hosting pelayan laman, tukar alamat ip dengan alamat ip pelayan hosting baru, rujukan disini. Kaedah ini merupakan kreatifiti Pakar Hosting Malaysia bertujuan pautan laman web aktif atas pelayan hosting baru dalam masa singkat (3-15minit).

Sila buat sebuah fail pada hosting baru contoh pakar.html edit dan bubuh mesej, ianya untuk buat semakan atas talian. Selepas 3 atau 5 minit buka fail tersebut pada pelayar web, contoh: https//pakardns.com/pakar.html. Jika fail tersebut wujud maka pautan web (domain) telah aktif menggunakan hosting baru.

Buat semakan keatas ssl (https), paparan web, jumlah hantaran, jumlah halaman dan jumlah imej menerusi halaman pentadbiran WordPress. Pastikan ianya tiada kekurangan.

Jika fail masih belum wujud, kosongkan cache pelayar web atau buka menggunakan pelayar web yang lain.

Langkah akhir, tukar nama pelayan domain dari hosting lama dengan nama pelayan hosting baru.

Perkhidmatan memindahkan WordPress ini ialah percuma kepada pelanggan Pakar Hosting Malaysia.

PAKAR HOSTING MALAYSIA