CARA MENGURUS FAIL

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]

CARA MENGURUS FAIL

File manager (sistem pengurus fail) adalah kemudahan utama pada web hosting yang membolehkan penggunanya mengakses tapak web hosting. Reka bentuk dan fungsi file manager menyerupai File Explorer yang mana penggunanya dapat menerokai fail dan folder.

CARA MENGURUS FAIL WEB HOSTING MALAYSIA
File Manager

Menggunakan rajah dibawah dapat disimpulkan pengguna web hosting mempunyai capaian ke atas direktori pengguna. Dalam direktori tersebut terdapat direktori utama iaitu direktori mail dimana ia menjadi tempat simpanan mel, direktori ftp dan direktori public_html.

Direktori www adalah alias kepada direktori public_html yang menjadi tapak web. Fail dan folder yang disimpan dalam direktori ini akan tersedia atas talian pada pautan domain utama web hosting.

  • home/pengguna
    • .softaculous
    • .trash
    • etc
    • logs
    • mail
      • mel@pakardns.com
      • mel2@pakardns.com
      • mel3@pakardns.com
        • .sent
        • new
        • tmp
    • public_ftp
    • public_html dan www
      • css
      • images
      • js
      • default.php
    • ssl
    • tmp

CARA MENGGUNAKAN FILE MANAGER

Klik 2 kali folder untuk membuka direktori, klik satu kali atau buat klik kanan keatas fail dan folder untuk aktifkan menu pilihan. Antara lain, buat fail, buat folder, menyalin (fail & folder), memuat naik, memuat turun, memadam, menamakan semula, edit fail, memampatkan dan mengekstrak fail mampatan.

Kesemua fail dan folder mempunyai kebenaran akses dimana terdapat 3 jenis penggunanya, iaitu;.

User : ialah pemilik fail
Group : ialah kumpulan pengguna
World : merujuk kepada semua pengguna

Jenis kebenaran;.

Read : ditulis dengan simbol r dan nombor 4, ia memberi keupayaan kepada pengguna untuk membaca sahaja.
Write : ditulis dengan simbol w dan nombor 2, ia memberi keupayaan kepada pengguna  untuk menulis kedalam fail sahaja.
Execute : ditulis dengan simbol x dan nombor 1, ia memberi keupayaan kepada pengguna untuk melaksanakan.

Contoh pada web WordPress dimana kita tidak ingin pemalam/plugin ubah suai .htaccess. Langkah pencegahan boleh dibuat dengan membenarkan pengguna membaca sahaja. Klik fail .htaccess => tukar kebenaran => nyahpilih Write dan Execute kesemua pengguna. Jika menggunakan terminal ssh tetapan tersebut boleh dibuat menggunakan perintah;.

chmod 444 .htaccess

Ataupun:.

chmod u=r,g=r,o=r .htaccess

Piawai kebenaran pada WordPress:.

  • Public_html
    • wp-admin 755
    • wp-content 755
    • wp-includes 755
    • .htaccess 644
    • index.php 644
    • wp-config.php 644
    • wp-load.php 644
    • wp-cron.php 644
    • wp-lain-lain.php 644

Dalam isu keselamatan disyorkan:.

  • Public_html
    • wp-admin 755
    • wp-content 755
    • wp-includes 755
    • .htaccess 444
    • index.php 444
    • wp-config.php 444
    • wp-load.php 644
    • wp-cron.php 644
    • wp-lain-lain.php 644
crossmenu