CARA PASANG DOMAIN BLOGSPOT

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda pada status domain tersedia dan klik butang teruskan. Tambahkan […]

CARA PASANG DOMAIN BLOGSPOT

Google LLC (pemaju blogger) membenarkan penggunanya menukar subdomain blogspot.com dengan domain peribadi selain membeli terus daripada Google. Pakar Hosting Malaysia menawarkan lebih dari 200 nama domain lanjutan termasuk domain .com, .net, .org, .red, .blue, .store dan lain-lain.

Masa pengaktifan domain adalah 1 sehingga 3 minit selepas disahkanya pembayaran dan memiliki ciri-ciri perlindungan ID, pengurus dns, penamaan pelayan, dan mel forwarder. Dibawah adalah cara pasang domain menggantikan subdomain blogspot.com. Sila buka tiket sekiranya memerlukan sebarang bantuan pemasangan.

1.Langkah awal.

Buat pembelian domain sepertimana panduan ini, sila tambah fungsi dns pada pembelian.

2.Buat rekod dns.

Log-masuk akaun pilih menu => domain => domain saya. Seterusnya pilih nama domain pada paparan table, pilih pengurusan dns.

Buat rekod sepertimana butiran ini;

Nama hos: @
Jenis: A
Alamat ip: 216.239.32.21

Ulang langkah tersebut 3 kali masing masing alamat ip menggunakan 216.239.34.21, 216.239.36.21 dan 216.239.38.21.

Buat rekod sepertimana butiran ini:

Nama hos = www
Jenis = CNAME
Alamat = ghs.google.com

3.Pasang domain.

Log-masuk akaun blogger pada tetingkap pelayar baru, pilih blog => tetapan => asas. Pilih + sediakan url pihak ketiga pada borang penerbitan. Masukkan nama domain contoh www.pakardns.com atau blog.pakardns.com sesuaikan dengan rekod cname yang telah dibuat dan simpan.

Pelayan blogger akan terbitkan kod pengesahan dns. Sila rujuk gambar dibawah.

CARA PASANG DOMAIN BLOGSPOT DOMAIN MALAYSIA
Kod pengesahan dns blogger

Buka semula pengurusan dns, buat rekod cname menggunakan kod pengesahan yang telah diterbitkan dan simpan. Contoh;.

Nama hos =  xv4rog7d3tbg
Jenis = CNAME
Alamat =  gv-6s4bz7xbzus6ga.dv.googlehosted.com

Sila tunggu dalam masa 1 sehingga 5 minit selepas itu simpan semula pemasangan domain pada blogger. Jika masih gagal ulang penyimpanan domain dalam masa 10 minit, sila buka tiket sekiranya tetapan tidak berjaya selepas menunggu selama 10 minit. Pihak kami akan buat semakan keatas tetapan tersebut.

4.Buat redirect domain.

Langkah terakhir ini adalah penting untuk elak paran 404 (error) pada domain utama selepas pemasangan berjaya. Edit domain yang telah dipasang, beri tanda redirect domain (contoh) pakardns.com kepada www.pakardns.com.

5.[Bonus panduan] Pengaktifan https.

Sila beri masa kepada pelayan Google untuk terbitkan sijil ssl keatas domain selama 24 jam. Aktifkan https dibawah borang pemasangan domain.

chevron-downcrossmenu-circle