CARA PASANG WORDPRESS

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]

CARA PASANG WORDPRESS

Terdapat 2 pilihan kaedah pemasangan WordPress, pertama secara manual dimana pengguna perlu memuat turun skrip dan buat pangkalan data secara manual. Cara kedua menggunakan pemasang skrip auto.

Langkah awal;.

Aktifkan https dengan memasang sijil percuma Let's Encrypt atau menggunakan sijil berbayar, panduan pemasangan ada pada laman ini.

CARA PASANG WORDPRESS SECARA MANUAL

1.Memuat turun skrip.

Sila muat turun skrip WordPress versi keluaran semasa dari laman web rasmi iaitu http://wordpress.org , seterusnya muat nail skrip tersebut pada direktori laman web.

Rujukan disini >

Ekstrak fail tersebut, pindahkan semua fail dan folder dalam direktori wordpress ke direktori laman web. Contoh membina laman WordPress pada domain utama (public_html) web hosting;.

  • Public_html
    • wp-admin
    • wp-content
    • wp-includes
    • index.php
    • wp-config.php
    • wp-load.php
    • wp-cron.php
    • wp-lain-lain.php

2.Membuat pangkalan data (database);.

Database yang akan dibuat akan jadi tempat simpanan data laman web, sila rujuk blog ini > untuk buat database dan pengguna database. Salin kata laluan dan simpan pada sebuah nota jika perlu.

3.Konfigurasi WordPress;.

Buka pautan laman web menggunakan pelayar pada https atau http untuk web yang tidak disulitkan. Mulakan konfigurasi dengan memilih bahasa, klik butang mulakan.

Isi borang sepertimana butiran database yang telah dibuat dan hantar, contoh;.

Nama database: IDpengguna_t7ScUR3
Pengguna database: IDpengguna_Xc4Ibz
Kata laluan: kata laluan pengguna database
DB host: localhost
Prefix: 4yLbWsO

Nama database, pengguna database, kata laluan dan prefix perlu unik untuk memastikan ianya selamat.

Jalankan pemasangan.

Isi borang dan buat pengguna (pentadbir) laman web, langkah terakhir klik butang pemasangan.

Sila log masuk pentadbiran WordPress pada pautan https://muhammad.tld/wp-admin menggunakan butiran yang telah dibuat.

CARA PASANG WORDPRESS MENGGUNAKAN SOFTACULOUS

Rujukan >

Klik Softaculous selepas log masuk cPanel web hosting, pilih WordPress daripada senarai skrip.

Pilih versi keluaran WordPress, sesuaikan protokol http atau https disertai dengan www atau tidak perlu www. Kosongkan borang direktori. Buat tajuk dan penerangan laman web, buat pengguna (pentadbir) laman web. Pilih basaha, ubah suai nama dan pengguna database dengan nama unik seperti contoh diatas.

Sesuaikan lain-lain tetapan mengikut keperluan.

Isi borang e-mel dimana ia akan menerima butiran pemasangan, langkah terakhir klik butang pemasangan.

Overwrite jika terdapat fail index yang menghalang pemasangan, sistem akan meneruskan pemasangan dan memberi keutamaan kepada fail index WordPress.

CARA PASANG WORDPRESS WEB HOSTING MALAYSIA
Konfigurasi WordPress
PAKAR HOSTING MALAYSIA