CARA TUKAR KATA LALUAN WORDPRESS

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda pada status domain tersedia dan klik butang teruskan. Tambahkan […]

CARA TUKAR KATA LALUAN WORDPRESS

Dibawah adalah 3 kaedah mengemaskini kata laluan pengguna WordPress;.

1.Mengemaskini kata laluan menerusi papan pemuka, sila log masuk menggunakan kata laluan semasa. Pilih pengguna pada bar sisi dan pilih profil anda. Klik butang penjana kata laluan, ubah suai kod unik dengan kata laluan yang dikehendaki dan simpan.

2.Mengemaskini kata laluan menerusi mel, sila layari pautan https://domain-ahmad.tld/wp-login.php. Klik pilihan lupa kata laluan, isi borang dengan alamat e-mel dan klik butang dapatkan kata laluan baru. Sebuah mel mengandungi pautan mengemaskini kata laluan akan dihantar ke e-mel tersebut.

3.Mengemaskini kata laluan menerusi phpMyAdmin, sila log masuk akaun web hosting dan pilih phpMyAdmin. Pilih nama pangkalan data dari senarai pada bar sisi. Pilih tabel pengguna, contoh: pREfixusers. Edit table, sila fokus pada borang user_pass. Tukar fungsi menjadi MD5, tukar nilai (value) dengan kata laluan baru dan simpan.

CARA TUKAR KATA LALUAN WORDPRESS WEB HOSTING MALAYSIA
Tabel pangkalan data WP
chevron-downcrossmenu-circle