Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]
PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]
FTP (File Transfer Protocol/Protokol Pindahan Fail) merupakan protokol piawaian yang digunakan bagi menyalin fail dari satu hos kepada hos lain melalui rangkaian berdasarkan TCP/IP. Ia juga dikenali dengan SFTP bagi piawaian yang disulitkan menggunakan ssl.
Pada control panel hosting terdapat pengurus fail (fail manager) yang mana penggunanya dapat mencapai tapak web hosting dan memiliki keupaya'an memuat naik, edit dan memuat turun menggunakan pelayar web. FTP berkeupayaan membolehkan pengguna menguruskan tapak hosting dari jauh (remotely).
Antara perisian yang diguna untuk mengurus tapak hosting dari jauh ialah FileZilla, WinSCP, CyberDuck dan lain-lain. Kesemua perisian mempunyai asas yang sama iaitu memuat naik, edit, tukar kebenaran, menyalin, memindahkan fail dari satu direktori ke direktori lain dan memuat turun.
CARA BUAT AKAUN FTP
Pengguna ftp lalai web hosting adalah pengguna web hosting tersebut, capaianya adalah direktori pengguna iaitu /home/pengguna. Pentadbir boleh buat akaun ftp baru yang mana capaianya terhad ke direktori pengguna ftp.
Log masuk cPanel web hosting, pilih akaun ftp. Buat pengguna ftp, ubah suai direktori dan had storan jika perlu. Klik butang pembuatan akaun ftp. Jika perlu muat turun konfigurasi pada pautan Configure FTP Client.
CARA MENGGUNAKAN PERISIAN PELANGGAN FTP
Muat turun dan pasang perisian pelanggan ftp (WinSCP), buka perisian tersebut.
Isi butiran pengguna ftp pada borang login, atau gunakan butiran pengguna cPanel web hosting untuk akses keseluruhan direktori tapak hosting. Pilih sambungan FTP (port 21) jikalau sftp belum diaktifkan. Isi nama hos dengan alamat ip pelayan atau domain yang telah aktif tanpa menggunakan proxy.
Klik login.
Perisian pelanggan FTP WinSCP Windows
Terdapat 2 seksyen utama iaitu direktori lokal (komputer/laptop) dan direktori tapak web. Klik kanan keatas fail atau folder dalam seksyen lokal untuk aktifkan menu pilihan dan memuat naik. Klik kanan keatas fail atau folder dalam seksyen tapak hosting untuk aktifkan menu pilihan dan memuat turun.
Established in 2012 Pakar Hosting continue the previously brand, Pakar Hosting is provider of reliable domain and web hosting. Have a high goal of continuing good services, 24/7 Support ticket. Powered by great hardware that is constantly updated according to current developments.
Great Team We are learning from the experience by minimize problems and support for all types of web app, we’re working to achieve with the best effort.
Better Quality Uses ssd (Solid State Drive) and powered by Litespeed, integrated with Let’s Encrypt ssl certificate, Cloudflare dns optimization, Attracta seo tools, Installatron and Softaculous auto installer, Website builder, R1soft and much more.