Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]
PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]
Pelayan pangkalan data (database) ibarat perpustakaan, data laman web disusun mengikut nama dan tabel. PhpMyAdmin digunakan untuk mengurus data yang tersimpan, ia memiliki keupayaaan memuat naik (buat simpanan) edit, memadam dan memuat turun database.
Sila log masuk panel kawalan hosting dan buka phpMyAdmin, pilih database dari senarai yang dipaparkan pada bar sisi. Pilih nama tabel untuk edit atau padam data dalam tabel tersebut.
CARA MEMUAT TURUN DATABASE SEBAGAI CADANGAN
Pilih database dari senarai yang dipaparkan pada bar sisi. Klik pilih semua dengan pilihan Export atau terus menggunakan menu Export dibahagian atas tabel. Pilih format jenis fail, muat turun database pada butang Go.
CARA MEMUAT NAIK DATABASE
Pilih database dari senarai yang dipaparkan pada bar sisi, buat sebuah database jika belum ada.