SANDARAN HOSTING (BACKUP)

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]

SANDARAN HOSTING (BACKUP)

Pakar Hosting Malaysia mengsyorkan kepada pelanggan agar memiliki sandaran secara peribadi selain sandaran yang kami bekalkan pada akaun web hosting. Ia boleh mengurangkan risiko kehilangan data web apabila terjadi hal-hal yang tidak diingini misalnya tersilap edit fail dan sebabkan kerosakan.

Pada masa ini kami telah membekalkan perisian JetBackup yang boleh didapati pada setiap akaun hosting yang mana ia akan buat sandaran secara berkala keatas fail, pangkalan data (database), mel, cron job dan rekod dns.

Pengguna hanya perlu memilih tarikh sandaran dibuat untuk memulihkan data.

SANDARAN SOFTACULOUS

SANDARAN HOSTING (BACKUP) WEB HOSTING MALAYSIA

Softaculous merupakan perisian pemasang skrip auto yang mana mengandungi lebih daripada 450 skrip dan lebih daripada 1100 fail php. Terdapat satu kelebihan Softaculous dimana ia membolehkan pengguna buat sandaran secara berkala keatas web (fail dan database) yang dibangun menggunakan perisianya.

Log masuk cPanel => Softaculous => Backup & Restore untuk akses ke fail sandaran.

CARA BUAT SANDARAN SECARA MANUAL

1.DIREKTORI WEB

Log masuk cPanel seterusnya buka pengurus file (file manager). Klik direktori public_html, klik menu pilih semua seterusnya klik mampatkan (compress) => pilih jenis pemampatan dan tukar nama fail bila perlu.

Masa yang diperlukan untuk memampatkan kesemua fail bergantung dengan saiz keseluruhan. Klik fail yang telah dimampatkan untuk aktifkan menu muat turun.

Rujukan >

2.DIREKTORI MEL

Klik direktori mail pada file manager, klik menu pilih semua atau direktori mel tertentu seterusnya mampatkan. Ianya menggunakan cara yang sama dengan buat sandaran pada direktori web.

Direktori mel ialah tempat simpanan mel yang diterima dan mel yang keluar daripada pelayan.

3.PANGKALAN DATA

Sandaran database secara manual boleh dibuat menggunakan perisian phpMyAdmin, ia merupakan sebuah pengurus database dimana pengguna boleh muat naik data, edit data dan muat turun data pada pangkalan data (database).

Klik phpMyadmin selepas log masuk web hosting, klik nama database => klik semua table => Export => muat turun pada butang Go.

crossmenu