SECURE SOCKET LAYER

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda pada status domain tersedia dan klik butang teruskan. Tambahkan […]

SECURE SOCKET LAYER

SSL merujuk kepada Secure Socket Layer (dulunya dikenali dengan TLS, Transport Layer Security) adalah kaedah penyulitan protokol menggunakan sijil dimana data peribadi pengguna seperti kata laluan tidak terdedah ketika dihantar log masuk kepada pelayan.

Memasang sijil ssl pada pelayan membolehkan pengguna melayari laman web menerusi pautan https (hypertext transfer protocol secure).

SSL PERCUMA LET'S ENCRYPT

Perkhidmatan Pakar Hosting membekalkan ssl percuma Let's Encrypt dimana ia diterbitkan secara otomatik sebaik sahaja domain dan subdomain aktif tanpa menggunakan proxy pada dns seperti Cloudflare. Sila nyahaktif proxy untuk jana ssl secara otomatik sekiranya ingin menggunakan Cloudflare, ia disebabkan ssl direkodkan dengan ip pelayan ketika diterbitkan.

Sila log masuk web hosting, pilih SSL/TLS status. Pengguna boleh mengecualikan pautan daripada menjana ssl. Klik jalankan AutoSSL untuk menjana sijil baru atau memperbarui sijil yang telah tamat dan buat pemasangan secara otomatik.

Kosongkan cache pelayar web jika https masih belum aktif selepas menjana ssl.

CARA PASANG SSL BERBAYAR

Ssl percuma Let's Encrypt diterbitkan tanpa sebarang jaminan dari penerbit, manakala ssl berbayar diterbitkan dengan jaminan. Kadar jaminan berbeza pada jenama dan jenis ssl, secara amnya ada tiga jenis ssl.

Jenis pertama: Domain Validation, dimana penerbit hanya perlukan pengesahan dari pengguna menggunakan e-mel atau menggunakan dns.

Jenis kedua: Organization Validation.

Jenis ketiga: Extende Validation,

Penerbitan sijil OV ssl dan EV ssl melalui proses yang sama, pembeli dikehendaki menghantar maklumat syarikat atau pertubuhan yang disahkan dengan sijil berdaftar. Ssl yang diterbitkan mengandungi maklumat syarikat dan pertubuhan, ia menambah kadar tahap kepercayaan berbanding DV ssl.

EV ssl dikenali dengan istilah green bar yang mana awalnya memaparkan nama syarikat dan pertubuhan pada pautan sementara OV ssl hanya akan memaparkan nama syarikat dan pertubuhan apabila pengguna menerokai sijil ssl.

Tahapan ssl berbayar;.

1.Menjana csr.

Code Signing Request ialah kod yang dijana bagi memohon penerbitan ssl. Klik SSL/TLS selepas log masuk web hosting. Pilih csr dan isi borang.

2.Pembelian ssl.

Buat pembelian ssl dengan menghantar csr kepada penjual yang diteruskan kepada penerbit.

3.Pengesahan domain.

Penerbit akan hubungi pembeli untuk buat pengesahan. DV ssl perlu pengesahan menggunakan e-mel atau menggunakan dns domain yang didaftarkan. OV dan EV ssl perlu disahkan dengan sijil sokongan.

4.Penerbitan ssl.

Proses penerbitan DV ssl selalunya dalam 5 minit selepas pengesahan manakala OV dan DV ssl memerlukan masa 3 sehingga 7 hari. Penerbitan ssl dibuat dengan menghantar sijil ssl kepada pembeli.

5.Pemasangan ssl.

Klik SSL/TLS selepas log masuk web hosting, pilih sijil crt. Muat naik fail atau tampal kod crt yang dihantar oleh penerbit ssl dan simpan.

Kembali ke pengurus ssl, pilih pasang dan urus ssl laman web. Pilih domain dan borang akan terisi dengan data yang telah dihantar. Isi borang CA Bundle jika diperlukan, iaitu gabungan sijil yang dihantar oleh penerbit.

Simpan tetapan dan buat semakan keatas laman web pada pautan https.

SECURE SOCKET LAYER WEB HOSTING MALAYSIA
SSL
chevron-downcrossmenu-circle