CARA BUAT MYSQL DATABASE

MYSQL adalah sebuah sistem pengurusan pangkalan data hubungan sumber terbuka ( Relational Database Management System - RDBMS ) awal dicipta pada tahun 1979 dan bersesuaian dengan hampir kesemua platform termasuk Linux, Unix dan Windows. Hampir semua aplikasi yang dijalankan pada web hosting menggunakan MYSQL untuk menjalankan atur caranya.

MYSQL DATABASE LOGO

MYSQL DATABASE LOGO

CARA BUAT DATABASE PADA CPANEL

1.Log masuk cPanel web hosting.

2.Pilih MySQL® Databases.

3.Buat nama database unik gabungan nombor dan abjad, contoh usercp_sECretNaME638.

4.Pilih butang buat database.

5.Buat pengguna pangkalan data ( database ) dan kata laluanya, gabungan nombor dan abjad untuk tingkatkan tahap keselamatan. Sila gunakan butang penjana untuk buat kata laluan yang selamat.

6.Pilih butang buat pengguna database.

7.Tambahkan pengguna ke database, pilih nama pangkalan data dan penggunaya. Pilih butang tambah untuk teruskan tetapan. Semak keistimewaan yang diperlukan seterusnya pilih butang buat perubahan.

CARA BUAT MYSQL DATABASE - MALAYSIA WEB HOSTING

Cara buat database pada cPanel

CARA BUAT DAN URUSKAN E-MEL

E-mel atau Mel Elektronik ialah suatu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik berasaskan Protocol Pemindahan Mel Mudah ( Simple Mail Transfer Protocol - SMTP ) dan sistem X.400. E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan internet dan merupakan komponen penting dalam penciptaan internet.

Pakar Hosting menawarkan web hosting tidak terhad, para pengguna dibenarkan mencipta akaun e-mel tanpa had jumlah pembuatan. Tiga aplikasi hebat telah dipilih untuk menjalankan sistem pengurusan e-mel iaitu Roundcube, Horde dan SquirrelMail, aplikasi ini boleh diakses pada pautan khas webmail.

email server malaysia web hosting

Aplikai pengurusan e-mel

CARA BUAT E-MEL PAKAR HOSTING

1.Log masuk cPanel web hosting.

2.Pilih Akaun E-mel, cipta alamat e-mel dan kata laluan menggunakan borang.

3.Tentukan kuota e-mel yang boleh disimpan pada web hosting.

4.Pilih butang buat akaun.

CARA URUSKAN E-MEL

Tedapat dua pilihan untuk menguruskan emel, yang pertama adalah mengakses aplikasi atau sistem pengurusan e-mel yang telah dipasang pada server menggunakan pautan khas yang disebut sebagai webmail, contoh https://webmail.pakarhosting.net. Cara kedua menggunakan perisian pelanggan e-mel atau email client yang dipasang pada komputer dan alat komunikasi lain seperti telefon pintar.

Cara uruskan e-mel menggunakan Roundcube;.

1.Selepas pembuatan e-mel nombor 4 diatas pengguna boleh terus mengakses webmail dengan memilih butang Lagi untuk tampilkan pautan tersembunyi, pilih Akses Webmail.

2.Atau mengakses webmail menggunakan pautan khas seperti https://webmail.pakarhosting.net, log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan.

3.Pilih alamat e-mel pada bar-atas untuk mencipta respons autoautoresponder ) dan pemajuforwarder ).

4.Pilih Roundcube untuk buka aplikasi.

5.Pilih Compose untuk membuat, menyimpan dan menghantar mesej.

6.Isi borang penerima dan tajuk e-mel, pilih hantar untuk menghantar e-mel.

7.Klik 2 kali e-mel pada senarai peti masuk untuk membuka e-mel.

Cara-cara menggunakan aplikasi webmail yang lain adalah lebih-kurang sama seperti cara menggunakan roundcube. Yang membezakan adalah antar muka dan nama pautan yang digunakan.

CARA PASANG SSL HTTPS

Seperti di Cara Pasang Ssl Percuma ssl/tls disebutkan sebagai sebuah teknologi piawai keselamatan untuk mewujudkan pautan yang disulitkan https antara pelayan laman web dan pelayar web untuk pastikan bahawa data yang dilaluinya tetap pribadi.

Sebelum plugin pemasangan ssl secara automatik ( cPanel ) dilancarkan pada ogos 2016 pemasangan sijil ssl/tls adalah secara manual yang akan melalui 3 tahapan iaitu menjada fail .csr ( Certificate Signing Request ), membeli dan menghantar fail .csr kepada penerbit ssl dan memasang sijil ssl/tls pada cPanel web hosting. Masa yang diperlukan paling cepat adalah 5-10 minit untuk sijil ssl/tls jenis Domain Validation ( DV ).

CARA MENJANA FAIL .CSR CERTIFICATE SIGNING REQUEST

1.Log masuk cPanel web hosting.

2.Pilih SSL/TLS.

3.Pilih Certificate signing request atau Permintaan menandatangani sijil pada cPanel bahasa melayu.

4.Isi borang dan klik butang penjana fail csr.

5.Salin kod csr yang telah dijana, contoh dibawah.

-----BEGIN CERTIFICATE REQUEST-----
MIIDBTCCAe0CAQAwgb8xJzAlBgkqhkiG9w0BCQEWGHN1cHBvcnRAcGFrYXJob3N0
aW5nLm5ldDEcMBoGA1UEAwwTa2IucGFrYXJob3N0aW5nLm5ldDEWMBQGA1UEBwwN
S290YSBLaW5hYmFsdTEOMAwGA1UECAwFU0FCQUgxHzAdBgNVBAoMFlBBS0FSIEhP
U1RJTkcgTUFMQVlTSUExCzAJBgNVBAYTAk1ZMSAwHgYDVQQLDBdJbnRlcm5ldCBh
bmQgVGVjaG5vbG9neTCCASIwDQYJKoZIhvcNAQEBBQADggEPADCCAQoCggEBAM2d
FJuAigEpOIRPuwwFFvEykbmBjI5vdbYatIcWlXugA1SNkGsDMYoqHzm483hPMBMp
4gKaaMnpuHdsQMiVpCP3ygvPhtPIz+73X65WuW5A3cB1jkWyrb83hjT2Yw04KY8T
ZnYqJsOJMlKZ4Vh2z2LLrOZaXDWPLYWgoxqBBAY6clgkOY8mippEdwZv/0Ooiuni
7Sxvfy1GLVPXdUzJMYDo6DqbbdGlQa7VHdaT+LjPDaiKd9oO0Md9tRXT2o57x/w0
asXFDgAhqd/ChWqCusd0X+mEphJw1d0l03ihsjJizb5L0OK4/TapsvzQ8t0pbD3T
dzRu3+tUJIp7WslmDuMCAwEAAaAAMA0GCSqGSIb3DQEBCwUAA4IBAQAaKb5a8NMh
rN/fIxmmQyzEL9xziuLiEsewpTvEPVwZkZBEIT0enDduAFoBWyXQo9Yher/5OgWT
cbPYnEEB05c1Z/6UDp+JaIsAuzXbBu/ShiUdQC6OJoVzujrTx0gntyGb80xy5Y5A
Xs5ptBy5uGYkfqyaG7iHZVj5NlUoiKBH/GkM5M85fKbwlRkB97Or40TUCfFKaggn
UHpQ4fmhY3iZlaY52o2ZGfwxX08UZbdaBaRzzc1aX762FF8U7LkU68/kMWS0KRrv
bnZ3nb3Fp8tOmz8Cqu7iflYVVNbcTkP128RsUP8rMRoIgzXwJOnyFqbXzvNiWCP3
T48R8jibfmMK
-----END CERTIFICATE REQUEST-----

MEMBELI SIJIL SSL

Dalam pembelian ssl pengguna dikehendaki menghantar kod/fail .csr untuk dihantar semula ke syarikat pengeluar ssl, sila hantar tiket untuk pembelian ssl dan menghantar salinan kod csr.

Pemilikan domain perlu disahkan dalam pembelian menggunakan dns, pautan fail khas atau menggunakan emel, seterusnya penerbit akan menghantar sijil ssl/tls dalam bentuk folder yang berisikan sijil .crt sijil/amadomain_com.crt dan CA Bundle.

CARA PASANG SSL/TLS HTTPS PADA CPANEL DAN WEBHOSTING

Cara menjana Certificate Signing Recuest .csr

CARA PASANG SSL/TLS HTTPS

1.Log masuk cPanel web hosting.

2.Pilih SSL/TLS.

3.Pilih Certificates CRT atau sijil CRT pada cPanel bahasa melayu.

4.Muat naik fail sijil/namadomain_com.crt atau salin kod semua kod didalamnya seterusnya tampal pada borang muat naik dan simpan.

5.Buka semula laman pengurus SSL/TLS langkah nombor 2.

6.Pilih pasang SSL/TLS.

7.Pilih butang simak imbas sijil, seterusnya pilih sijil ssl/tls yang telah dimuat naik.

8.Salin semua kod didalam fail CA Bundle dan tampal pada borang yang disediakan.

9.Pilih butang pemasangan.

CARA PASANG SSL PERCUMA

SSL ( Secure socket layer ) nama barunya TLS ( Transport layer security ) adalah teknologi piawai keselamatan untuk mewujudkan pautan yang disulitkan https antara pelayan laman web dan pelayar web. Pautan ini memastikan bahawa semua data yang dilalui antara pelayan dan pelayar laman web tetap pribadi.

Jenis ssl dibahagikan kepada;.

Extended Validation (EV) ssl pemohon dikehendaki menghantar bukti bahawa syarikat atau organisasi berdaftar dengan agensi yang diberi kuasa. Tempoh yang diperlukan untuk menerbitkan ssl adalah sehingga 7 hari bagi mengesahkan bukti yang telah dihantar. Ciri ev ssl akan memaparkan nama syarikat pada pelayar web.

ev ssl malaysia web hosting

Ev ssl pada twitter.com - Pakar Hosting Malaysia

 

Organization Validation ( OV ) ssl memiliki proses permohonan yang sama dengan ev ssl perlu mengemukakan bukti untuk disahkan pada agensi yang diberi kuasa, perbezaanya ialah nama syarikat atau organisasi pemohon tidak akan dipaparkan pada pelayar web tetapi boleh dijumpai dalam maklumat sijil, pelayar boleh menemukan maklumat sijil dengan memilih ikon ibu kunci ( mangga ).

Domain Validation ( DV ) ssl adalah sijil ssl yang tidak perlukan pengesahan secara rasmi, proses pengesahan dilakukan berdasarkan pemilikan menggunakan pautan, dns atau menggunakan emel.

Penerbit ssl juga telah menawarkan sijil ssl yang boleh digunakan pada berbilang laman web, seperti Multi domain ( SAN/UCC) ssl dan Wildcard ssl untuk mewujudkan https pada domain dan subdomain.

CARA PASANG LET'S ENCRYPT PADA CPANEL

1.Log masuk cPanel web hosting.

2.Pilih Let's encrypt SSL.

3.Pilih +Issue.

4.Pilih pautan yang akan dipasangkan dengan ssl.

5.Pilih kaedah pengesahan pemilik domain.

6.Terakhir sekali pilih butang Issue, sijil ssl dijana secara automatik apabila tiada masalah dalam pengesahan pemilik domain. Sila hantar tiket jika sijil ssl tidak dijana untuk dapatkan khidmat nasihat, berkemungkinan domain sedang menggunakan proxy seperti cloudflare.

CARA MENGGUNAKAN PERISIAN KLIEN FTP

Klien FTP adalah perisian yang direka untuk menyalin fail dari komputer ( localhost ) ke web hosting dan sebaliknya, klien ftp juga dapat digunakan untuk mengurus fail yang tersimpan pada web hosting dari jauh ( remote ). Segala kemudahan yang ada dalam sistem Pengurus fail ( FILE MANAGER ) boleh dibuat tanpa mengakses web hosting.

Antara jenama perisian klien FTP adalah cURL, Cyberduck, FAR Manager, FileZilla, FireFTP, Fugu, gFTP, LTFP, Macfusion, NcFTP, Net2ftp, tnftp, WinSCP dan beberapa jenama yang boleh didapati secara percuma dan versi berbayar.

CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA FTP CLIENT

filezilla malaysia web hosting

Promosi:

Layari https://www.pakarhosting.net/category/promo untuk dapatkan harga diskaun web hosting dan domain.

CARA MENGGUNAKAN FILEZILLA

1.Muat turun perisian, pasang dan buka perisian.

2.Taip alamat ftp pada borang host, contoh ftp.pakarhosting.net.

3.Taip nama pengguna dan kata laluan, gunakan nama pengguna dan kata laluan cPanel web hosting untuk akses root web hosting. Menggunakan nama pengguna dan kata laluan hanya akan mendapatkan akses sub folder atau direktori ftp.

Yang berkaitan : CARA TAMBAH AKAUN FTP (PROTOKOL PINDAHAN FAIL).

4.Pilih butang Quickconnect.

5.Pilih folder untuk membuka direktori yang tersimpan pada web hosting.

6.Klik kanan pada fail yang tersimpan pada web hosting untuk memaparkan pilihan edit, muat turun, delet dan lain-lain.

7.Cara muat naik fail, pilih folder pada web hosting tempat meletak fail. Public_html dan www adalah direktori untuk laman utama website. Klik kanan folder/fail komputer ( PC ) untuk muat naik ke web hosting.

CARA TAMBAH AKAUN FTP (PROTOKOL PINDAHAN FAIL)

Protokol pindahan fail ( file transfer protocol - FTP ) digunakan untuk menyalin fail dari satu host kepada host lain dan menguruskanya melalui rangkaian berasaskan TCP/IP. Pakar hosting membenarkan pengguna membuat akaun ftp baru yang akan menjadi sub akaun dan mendapatkan akses ke sub direktori www dan public_html pada web hosting.

Yang berkaitan: CARA MENGGUNAKAN PENGURUS FAIL WEB HOSTING.

malaysia ftp account hosting

membuat akaun ftp

CARA MEMBUAT AKAUN FTP

1.Log masuk cPanel web hosting.

2.Pilih ikon akaun FTP.

3.Cipta nama pengguna dan kata laluan, sebagai contoh rahsia@pakarhosting.net.

4.Cipta nama folder.

5.Nyatakan kuota yang boleh digunakan.

6.Pilih butang buat akaun ftp.

CARA MENGGUNAKAN PENGURUS FAIL WEB HOSTING

Sistem pengurus fail pada cPanel direka khas dan membenarkan pengguna mengakses secara langsung ruang-hosting untuk membuat fail, muat naik, edit, padam dan muat turun fail yang telah disimpan pada hosting-server.

Pengurus fail pakar hosting sangatlah mesra dengan paparan antara muka yang moden, mudah digunakan dan dilengkapi dengan folder sampah untuk memulihkan fail yang terpadam.

pengurus fail pakar hosting

pengurus fail pakar hosting

CARA MENGGUNAKAN PENGURUS FAIL

1.Log masuk web hosting atau cPanel.

2.Pilih ikon pengurus fail untuk membuka antara muka.

3.Pilih folder/direktori, laman utama pautan disimpan dalam folder www dan public_html.

4.Pilih +fail untuk membuat fail baru, pilih +folder untuk membuat sub-folder.

5.Pilih ikon muat naik untuk muat naik fail dan folder dari komputer.

6.Klik dua kali untuk membuka sub-folder.

7.Klik sekali diatas fail untuk memaparkan pilihan edit, muat turun, padam dan pilihan yang lain.

8.Pilih butang seting untuk memaparkan fail yang tersembunyi seperti .htaccess .

CARA MEMBELI HOSTING

Perkhidmatan web hosting adalah salah satu jenis perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pengguna membuat laman web yang boleh diakses melalui internet. Pada masa ini hosting telah dibina dengan pelbagai aplikasi bagi memudahkan kerja-kerja seperti pemasang skrip auto, pemasang ssl auto, pengurusan emel, pembina laman web yang bercirikan seret dan lepas dan sistem sandaran.

malaysia-best-host kota kinabalu

malaysia-best-host pakar hosting

Perkhidmatan web hosting pada Pakar Hosting ialah web hosting yang berasaskan Linux dikuasakan dengan cPanel untuk menguruskanya dan menjadi sistem pengurusan hosting yang paling popular.

Pakar Hosting telah menggunakan teknologi SNI pada pelayan yang membolehkan pemasangan ssl tanpa melanggan IP yang berdedikasi.

ARAHAN PEMBELIAN HOSTING

1.Buka laman khas promosi web hosting untuk melihat butiran perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan, seterusnya pilih butang order.

2.Pilih borang sama ada memilih untuk mendaftarkan domain baru, memindahkan domain ataupun menggunakan domain yang sedia ada.

3.Pilih butang continue/teruskan pembelian, semak dan pilih kitaran melanggan hosting. Anda boleh melanggan fungsi tambahan hosting yang ditawarkan, seperti premium ssl.

4.Pilih butang teruskan/continue dan pilih fungsi tambahan domain yang ditawarkan.

5.Pilih butang teruskan/continue.

6.Semak kesemua item yang dibeli dan teruskan pembelian menggunakan butang Checkout.

7.Daftar atau log masuk.

8.Sebuah bil akan dikeluarkan selepas pembelian disahkan.

9.Hantar ticket untuk membuat pengesahan bayaran.

CARA DAFTAR DOMAIN PAKAR HOSTING

Domain merupakan kod unik yang direka untuk mewakili alamat sesebuah pelayan dan diwujudkan untuk memudahkan pengguna mengingati pautan laman web. Sistem nama domain atau DNS merupakan sistem yang menyimpan maklumat mengenai nama hos dan nama domain dalam rangkaian seperti internet. Susunan sebuah nama domain dibahagikan kepada Domain peringkat tinggi atau TLD dan Domain peringkat sekunder dan lebih rendah.

Domain peringkat tinggi yang dikenal sebagai Top-level domain atau TLD ialah bahagian terakhir nama domain, umpamanya domain pakarhosting.net perkataan net ialah domain peringkat tingginya. TLD dibahagi kepada beberapa bahagian seperti gTLD (generic) seperti .com dan .net, ccTLD (country code) seperti .my .sg dan .id, dan sTLD (sponsored) seperti .museum .asia .

Domain peringkat sekunder dan lebih rendah dikenali sebagai Second-level SLD ialah bahagian kedua atau domain sebelum TLD dan and lower level ialah nama-domain sebelum domain sekunder. Umpamanya www.pakarhosting.net pakarhosting ialah peringkat sekunder dan www adalah peringkat lebih rendah, ccSLD ialah domain peringkat sekunder dalam sesebuah negara seperi com.my, com.sg dan co.id .

cara daftar domain malaysia

rangkaian internet

CARA DAFTAR DOMAIN

1.Taip sebuah nama domain dalam borang carian domain di laman utama dan laman promosi domain pakar hosting, jangan taip www diawal domain seterusnya pilih butang carian atau tekan butang enter papan kekunci.

2.Pilih butang order dan simak semula domain anda.

3.Pilih fungsi tambahan domain yang diperlukan, id protection berfungsi untuk menyorokkan data pembeli dalam rangkaian internet, dns diperlukan untuk konfigurasi domain dengan blogspot shopify tumblr dan sistem pengurusan yang lain.

4.Sila masukkan nama pelayan (Name Server) jika pembelian domain digunakan untuk web hosting diluar Pakarhosting.net.Pilih butang teruskan/continue.

5.Teruskan pembelian dengan memilih butang checkout.

6.Isi borang pendaftaran jika ianya adalah pembelian yang pertama kali atau log masuk akaun untuk melangkau pendaftaran.

7.Bil yang merangkumi akaun pembayaran akan dikeluarkan selepas anda mengesahkan pembelian selepas pendaftaran atau log masuk akaun.

8.Hantar ticket untuk maklumkan pembayaran, domain yang ditempah akan aktif dalam hitungan minit selepas pembayaran disahkan.

 

Sila hubungi kami jika ada sebarang pertanyaán pendaftaran domain pihak kami akan memberikan kerjasama dan memenuhi permintaan yang disampaikan.

SELAMAT DATANG!

Selamat datang ke laman web Pakar Hosting yang secara rasminya dilancarkan awal 2018. Besar harapan kami agar senantiasa membekalkan perkhidmatan yang cemerlang dan membanggakan. Sila hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan.

Salam sejahtera.

PAKAR HOSTING MALAYSIA