URUS E-MEL MENGGUNAKAN PELANGGAN

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

CARA MEMINDAHKAN DOMAIN

PINDAH MASUK Dibawah adalah cara memindahkan domain dari pada pembekal luar kepada Pakar Hosting Malaysia. Langkah awal. Nyahaktif perlindungan ID (whois) dan dapatkan kod pindahan domain (transfer secret, EPP code) dari pembekal semasa. Buat pemindahan. Isi borang pindahan domain yang terdapat pada laman ini, beri tanda cek jika status pindahan tersedia dan klik butang teruskan. […]

URUS E-MEL MENGGUNAKAN PELANGGAN

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan IMAP, POP3 dan SMTP dimana ianya adalah piawaian protokol pindahan mel elektronik (E-mel) dari satu pelayan (hosting) ke pelayan lain.

Pelanggan e-mel (email clients) ialah perisian yang direka memiliki keupaya'an memuat turun mel dari pelayan, membaca, membalas dan menghantar mel menerusi protokol piawaian tersebut.

Contoh perisian pelanggan e-mel;.

Microsoft Outlook

Mail Windows

Thunderbird

Gmail

dan lain-lain.

Kesemua pelanggan e-mel yang tersenarai dan yang tiada dalam senarai menggunakan tetapan asas sama iaitu konfigurasi pelayan mel menggunakan IMAP atau POP3 dan SMTP.

Simple Mail Transfer Protocol (Protokol Pindahan Mel Mudah) digunakan untuk menghantar mel sebagai pelayan keluar (Outgoing server).

Internet Message Access Protocol (Protokok Capaian Perutusan Internet) dan Post Office Protocol (Protokol Pejabat Pos) digunakan untuk mendapatkan mel sebagai pelayan masuk (Incoming server), antara IMAP dan POP terdapat perbezaan yang mana IMAP adalah protokol mengurus e-mel dari jauh (remotely), pelanggan e-mel tidak memuat turun mel untuk disimpan pada komputer. POP pula protokol yang menyalin mel dari pelayan untuk disimpan pada komputer.

KONFIGURASI PELANGGAN E-MEL

Dibawah adalah contoh teteapan untuk membolehkan perisian pelanggan e-mel mendapatkan, membalas dan menghantar mel.

SSL (DISYORKAN)

Ptotokol yang dimampatkan dan perlu aktifkan sijil ssl (https).

Nama pengguna: mel@ahmad.tld
Kata laluan: Gunakan kata laluan akaun e-mel.
Pelayan Masuk: mail.ahmad.tld
               IMAP Port: 993 POP3 Port: 995
Pelayan Keluar: mail.ahmad.tld
               SMTP Port: 465
IMAP, POP3, dan SMTP requires authentication.

BUKAN SSL

Protokol yang tidak dimampatkan (http), boleh diguna walaupun ssl telah aktif.

Nama pengguna: mel@ahmad.tld
Kata laluan: Gunakan kata laluan akaun e-mel.
Pelayan Masuk: mail.ahmad.tld
               IMAP Port: 143 POP3 Port: 110
Pelayan Keluar: mail.ahmad.tld
               SMTP Port: 587
IMAP, POP3, dan SMTP requires authentication.
PAKAR HOSTING MALAYSIA