MENGURUS FAIL MENERUSI FTP

UPGRADE TO NVMe CLOUD

Dear customers. Pakar Hosting will migrate all of cPanel accounts from ssd to NVMe based on cloud hardware. By make this migration is definitely will provide better services in line with our mission always to be better. What's new? Old New Disk ssd NVMe Hardware Standard/Classic Cloud Memory per cPanel account 512Mb 2Gb Write speed […]

CARA MEMINDAHKAN WORDPRESS

Perkhidmatan Pakar Hosting mempunyai sokongan untuk laman web yang dibangunkan menggunakan WordPress, Joomla, Opencart, Magento dan lain-lain. Ianya boleh dibina secara manual dan atau secara otomatik menggunakan Softaculous. Terdapat pelbagai sebab untuk dijadikan alasan mengapa memilih perkhidmatan Pakar Hosting, antara lain ialah harga yang murah dan sokongan yang baik. Dibawah ini ialah panduan memindahkan WordPress […]

MENGURUS FAIL MENERUSI FTP

FTP (File Transfer Protocol/Protokol Pindahan Fail) merupakan protokol piawaian yang digunakan bagi menyalin fail dari satu hos kepada hos lain melalui rangkaian berdasarkan TCP/IP. Ia juga dikenali dengan SFTP bagi piawaian yang disulitkan menggunakan ssl.

Pada control panel hosting terdapat pengurus fail (fail manager) yang mana penggunanya dapat mencapai tapak web hosting dan memiliki keupaya'an memuat naik, edit dan memuat turun menggunakan pelayar web. FTP berkeupayaan membolehkan pengguna menguruskan tapak hosting dari jauh (remotely).

Antara perisian yang diguna untuk mengurus tapak hosting dari jauh ialah FileZilla, WinSCP, CyberDuck dan lain-lain. Kesemua perisian mempunyai asas yang sama iaitu memuat naik, edit, tukar kebenaran, menyalin, memindahkan fail dari satu direktori ke direktori lain dan memuat turun.

CARA BUAT AKAUN FTP

Pengguna ftp lalai web hosting adalah pengguna web hosting tersebut, capaianya adalah direktori pengguna iaitu /home/pengguna. Pentadbir boleh buat akaun ftp baru yang mana capaianya terhad ke direktori pengguna ftp.

Log masuk cPanel web hosting, pilih akaun ftp. Buat pengguna ftp, ubah suai direktori dan had storan jika perlu. Klik butang pembuatan akaun ftp. Jika perlu muat turun konfigurasi pada pautan Configure FTP Client.

CARA MENGGUNAKAN PERISIAN PELANGGAN FTP

Muat turun dan pasang perisian pelanggan ftp (WinSCP), buka perisian tersebut.

Isi butiran pengguna ftp pada borang login, atau gunakan butiran pengguna cPanel web hosting untuk akses keseluruhan direktori tapak hosting. Pilih sambungan FTP (port 21) jikalau sftp belum diaktifkan. Isi nama hos dengan alamat ip pelayan atau domain yang telah aktif tanpa menggunakan proxy.

Klik login.

MENGURUS FAIL MENERUSI FTP WEB HOSTING MALAYSIA
Perisian pelanggan FTP WinSCP
Windows

Terdapat 2 seksyen utama iaitu direktori lokal (komputer/laptop) dan direktori tapak web. Klik kanan keatas fail atau folder dalam seksyen lokal untuk aktifkan menu pilihan dan memuat naik. Klik kanan keatas fail atau folder dalam seksyen tapak hosting untuk aktifkan menu pilihan dan memuat turun.

Rujukan: cara mengurus fail.

HOSTING REVIEWS

  • They didn’t asked for my testimonial, but i giving one of my free will. I have been impressed with their level of service from day 1. They have been very helpful, very-very helpful indeed. I have other domain hosted somewhere but here is the best service provider for web and domain hosting based on their level of support. Keep up the great work..
    - SUZEARITZ SUHIMI
  • Termasuk ini dah 5 domain saya registerkan disini. Amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang begitu cekap dan pantas oleh tenaga-tenaga yang berkemahiran. Teruskan perkhidmatan terbaik anda. Kekalkan momentum ini dan teruskan memberi perkhidmatan terbaik. ANDA SEMUA TERBAIK!!!...
    - AZRIB, WEB DESIGNER
  • Perkhidmatan yang sangat terbaik. Sy begitu berpuas hati dgn apa yang saya lalui bersama hosting rajwali. Website saya lancar, secure dan yg penting, harga pun berbaloi utk memiliki website sendiri. Terima kasih…
    - RAZALI
  • Service sangat terbaik. cepat dan tangkas apabila melaporkan kerosakan mengenai hosting blog. Harga sangat murah berbanding tempat lain di Malaysia.
    - KHAIRIL MAZRI, BLOGGER
  • Dah lama sangat menggunakan perkhidmatan Hosting Rajawali… tak ingat berapa lama,,,,,, 5tahun atau lebih. memang terbaik!!…. …..
    - FIEY S
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram